Lawatan Sambil Belajar Maahad Al-Islah

SELASA 31 Julai, 2018.
(8.30 pagi-1.00 petang)







Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan @ EKSA Zon MS Teluk Intan telah menerima lawatan sambil belajar seramai 30 orang pelajar; 15 lelaki dan 15 perempuan bersama 2 orang guru pengiring daripada Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 sekolah berkenaan telah menerima penerangan berkenaan Mahkamah Syariah dan perjalanan prosiding di Mahkamah oleh Hakim Tn. Muhammad Azriq Bin Ab Rahim. Sesi "QA" telah dijalankan pada sesi pagi dan selepas pelajar berpeluang mengikuti prosiding perbicaraan di dewan terbuka Mahkamah. Kelihatan rata-rata pelajar sangat berminat dan teruja dengan perkembangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Terima kasih kami daripada Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan kepada Maahad Al-Islah kerana memilih venue kami bagi menimba pengalaman luar kelas untuk pelajar mereka. Moga kelak akan ada nanti di kalangan pelajar yang berjaya menjadi seorang pegawai syariah atau berkerjaya di Mahkamah Syariah di Malaysia, insyaAllah!


@Admin Blog Zon MRS Teluk Intan

No comments:

Post a Comment

Terkini

                                  AUDIT DALAMAN EKSA BIL.1/2023 KAMI ALU-ALUKAN KEHADIRAN AUDITOR EKSA JKSPK PUAN NOR AISHAH BINTI ABBAS EN....

Popular